Saturday, July 21, 2012

HuBuNgAn IbU-aNaK sLePaS nIkAh

renung-renungkan..





"dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah"

(Surah Al-Ahqaf:15)

Dalam ayat diatas dapatlah saya simpulkan disini tanggungjawab menjaga ibubapa itu bukan hanya terletak diatas bahu anak lelaki atau anak sulung sahaja seperti apa yang segelintir masyarakat fikirkan. tetapi tanggungjawab tersebut haruslah dipikul oleh semua manusia yang telah dilahirkan oleh seorang yang bergelar ibu dengan susah payah. saya percaya tiada seorang pun manusia dalam dunia ini yang jatuh dari langit, kecuali adam dan hawa. jadi tanggungjawab terhadap ibubapa ini bukan sesuatu yg harus dinafikan.

bagi anak perempuan yang telah berkahwin dan bergelar isteri, tanggungjawab mereka terhadap ibubapa tidak pernah putus. yang putus hanya lah tanggungjawab ibubapa kepada anak perempuan tersebut didalam pemberian nafkah makan, minum dan lain-lain kerana tanggungjawab nafkah tersebut telah bertukar tangan kepada suami. malah tanggungjawab anak perempuan ini bertambah dengan tanggngjawab mereka terhadap suami dan bakal mertua, begitulah sebaliknya (suami juga perlu memikul tanggungjawab terhadap mertuanya). Disini saya tidak menafikan hak suami, malah hak suami adalah yang utama. Tetapi suami seharusnya faham akan tanggungjawab bersama ini.

artikel ini saya tulis berdasarkan beberapa blog yang saya baca. tetapi ada saya tambahkan beberapa pendapat sendiri. jika pembaca yang lebih arif terlihat kesilapan pada pendapat saya. sila betulkan. termia kasih ^.^

untuk info tambahan sila klik disini.

No comments:

Post a Comment