Monday, July 30, 2012

InTaI2 rAyA

Baru lepas intai koleksi baju raya design by Hatta Dolmat. Ada banyak pilihan yang pereka fesyen terkenal ini sediakan untuk raya kali ini. Berikut adalah antara design yang saya copy n paste melalui blog beliau ^.^









Saya amat sukakan design kurung polkadot warna hitam, agak menarik dengan hiasan reben di dada kiri. Baju kosong tona biru gelap ini juga turut menarik perhatian saya kerana ia sweet dan simple. Bagi yang gemarkan design yang lebih vogue, elegance dan ada kelainan, boleh la tgk2 dua pic teratas tu ye ^.^.

Friday, July 27, 2012

JaUhI rAsA mArAh.

Saya pasti ada diantara pembaca blog ini yang berhadapan dengan masalah sukar mengawal perasaan ketika marah. Tahukah anda, marah adalah salah satu sifat yang dibenci oleh Allah SWT serta Rasulnya? Sebagaimana disebut dalam satu hadith:

Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada nabi Muhammad SAW: berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda: Jangan marah. Orang itu mengulang lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda: Jangan marah.
(Riwayat Bukhari)

Marah adalah fitrah manusia yang sukar untuk dielak. Jadi penulis membuat kesimpulan bahawa Marah itu perlu, tapi pada tempat dan batas-batasnya. Perlu penulis ingatkan disini bahawa sifat Amarah ini adalah sebahagian daripada cetusan atau bisikan Syaitan. Jadi seeloknya apabila rasa marah itu terbit, beristigfar dan segeralah berwuduk.

Sebagai manusia yang hidup berkelompok dan bersaudara, banyak perasaan yang perlu dijaga bagi memelihara ukwah yang terbina. Malangnya, kegagalan mengawal kemarahan boleh merengangkan hubungan persaudaraan.

Permasaalahan yang timbul tidak seharusnya diselesaikan dengan rasa marah. malah Marah tidak mampu menyelesaikan apa2 masaalah melainkan mengeruhkan keadaan.

Selain itu perasaan amarah ini juga akan menerbitkan rasa-rasa yang tidak elok dalam diri kita sebagai seorang muslim seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Kekadang kita tidak sedar bahawa rasa-rasa yang kecil ini lah yang bakal merosakkan iman kita sebagai seorang Islam.

pada pendapat penulis Islam itu adalah agama yang paling indah dan cantik. Perasaan amarah hanya merosakkan keindahan dan kecantikan Islam. Islam dilahirkan dengan rasa cinta, kasih dan sayang oleh pencipta. kerana itu peliharalah hati kita dari perasaan benci, marah, dengki dan sebagainya. Ia tidak sesuai untuk Islam. Dan kemaafan itu adalah sebaik-baik jalan penyelesaian. Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.(ali-’Imran: 133-134)

Malangnya apabila hati terluka, adakah kemaafan itu dapat diperolehi dengan mudah? jangan mulakan permusuhan dan peliharalah tali persaudaraan.

disini saya sertakan satu link sebagai ilmu tambahan. ^.^


Tuesday, July 24, 2012

HiPoKrItKaH aKu?

Artikel ini saya ambil daripada facebook yang saya baca. Saya rasa artikel ini menarik dan semoga ia mampu memberi sedikit rasa keinsafan kepada si pembaca.



Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu.

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Suri : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : =.=" ok baiiiiii......................................

Renung2kan .....jangan sampai tiba masa kite di panggil mengadap ALLAH S.W.T baru nak sedar...

UdAnG mAsAk PeTai.

jom belajar masak ^.^



Sempena bulan puasa ini, Mungkin ada diantara pembaca blog ini yang sedang pening-pening memikirkan menu berbuka puasa pada petang nanti. Disini saya ingin share satu menu yang saya rasa agak menarik dan sesuai untuk mereka yang sukakan masakan ala-ala kampung. Iaitu Udang masak petai. berikut adalah resepinya:

BAHAN2:
6 ekor udang galah digoreng
100ml air
10 biji petai dibelah dua
1 biji bawang putih diketuk
1/2 biji cili merah dipotong nipis
1/3 biji bawang besar dihiris
1 helai daun limau kesturi
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil garam

cara memasak:
panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga naik bau.

Masukkan cili kisar, cili merah, daun limau dan semua bahan perasa yang lain. Tuangkan air.

Kacau sehingga sebati sebelum masukkan petai dan udang galah. Biarkan sehingga mendidih sebelum diangkat.

mudah sahajakan.
SELAMAT MENCUBA ^.^

Saturday, July 21, 2012

GeT yOuR oWn ChAt BoX

just want to share.



bagi pembaca yang baru nk mula menulis blog dan teringin nk hias blog anda, tapi x tau nk masukkan apa dalam blog anda. Saya rasa chatbox adalah satu kemudahan yang anda boleh sediakan untuk pembaca yang berminat untuk memberi pendapat atau berborak dengan anda.saya pun baru sahaja dapat belajarnya pagi tadi. just untuk suka-suka sahaja. walaupun tiada orang nak comment hehe.

langkah-langkahnya:
step 1: pergi ke cbox dengan mengklik link ini
step 2: klik sign up dan die akan keluar satu form.
step 3: isi form tersebut. dan klik creat my box
step 4: selepas berjaya membuat box anda perlu login semula dgn mengunakan id dan pasword yang anda daftarkan tadi.
step 5: selepas log in anda akan lihat beberapa list di bahagian atas page.
step 6: pilih look&feel jika anda ingin mengubah style yang diingini.
step 7: setelah berpuas hati klik publish. copy code yang telah disediakan dan login blogger acc.
step 8: masuk bahagian layout dan klik bahagian gadget untuk menambah cbox.
step 9: paste code tadi kemudian save, view profile dan anda dapat lihat cbox berada di dalam blog anda.

mudahkan ^.^

HuBuNgAn IbU-aNaK sLePaS nIkAh

renung-renungkan..





"dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah"

(Surah Al-Ahqaf:15)

Dalam ayat diatas dapatlah saya simpulkan disini tanggungjawab menjaga ibubapa itu bukan hanya terletak diatas bahu anak lelaki atau anak sulung sahaja seperti apa yang segelintir masyarakat fikirkan. tetapi tanggungjawab tersebut haruslah dipikul oleh semua manusia yang telah dilahirkan oleh seorang yang bergelar ibu dengan susah payah. saya percaya tiada seorang pun manusia dalam dunia ini yang jatuh dari langit, kecuali adam dan hawa. jadi tanggungjawab terhadap ibubapa ini bukan sesuatu yg harus dinafikan.

bagi anak perempuan yang telah berkahwin dan bergelar isteri, tanggungjawab mereka terhadap ibubapa tidak pernah putus. yang putus hanya lah tanggungjawab ibubapa kepada anak perempuan tersebut didalam pemberian nafkah makan, minum dan lain-lain kerana tanggungjawab nafkah tersebut telah bertukar tangan kepada suami. malah tanggungjawab anak perempuan ini bertambah dengan tanggngjawab mereka terhadap suami dan bakal mertua, begitulah sebaliknya (suami juga perlu memikul tanggungjawab terhadap mertuanya). Disini saya tidak menafikan hak suami, malah hak suami adalah yang utama. Tetapi suami seharusnya faham akan tanggungjawab bersama ini.

artikel ini saya tulis berdasarkan beberapa blog yang saya baca. tetapi ada saya tambahkan beberapa pendapat sendiri. jika pembaca yang lebih arif terlihat kesilapan pada pendapat saya. sila betulkan. termia kasih ^.^

untuk info tambahan sila klik disini.

RaMaDhaN

Selamat datang ya Ramadhan =)









Rasulullah bersabda:

"Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-NYA, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi"
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum-no:1984)

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia.
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
(^.^)

Wednesday, July 18, 2012

SmiLe

senyumlah..









senyuman adalah salah satu cara kita memotivasikan diri sendiri.. senyuman bukan sahaja dapat mewujudkan perasaan yang baik pada diri sendiri tetapi juga dapat menjadi penawar kepada mereka yang melihat.. betapa ajaibnya senyuman yang Allah kurniakan kepada manusia ini.. maka senyumlah ^.^

tHe CoLoUrS..

kepelbagaian warna..









warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita. ada sesetengah teori menyatakan warna mempengaruhi perasaan manusia. contohnya:
pink-ceria
biru-tenang
hitam-murung.

namun teori ini tidak dapat saya sahkan tahap kekuatannya kerana pendapat manusia adalah pelbagai. bagi saya tona warna yang bercampur mampu menonjolkan emosi yang ceria dan gembira. ^.^

ThIs Is Me..

assalammualaikum..



sebagai manusia yang beragama islam, seharusnya ucapan salam itu saya dahulukan sebagai memulakan artikel pertama saya ini. cuma saya berharap apa-apa artikel yang bakal saya coretkan di dalam blog saya ini tidak menyinggung mana-mana pihak yang membaca.. saya juga berkemungkinan akan menggunakan bahasa-bahasa mudah atau bahasa rojak, agar pembaca blog berasa santai apabila membaca artikel yang bakal di coretkan nanti. Insyallah

kenapa blog ini dilahirkan?
tujuan saya menulis blog ini sekadar hanya untuk suka suki sahaja.. harap ada sedikit info yang mungkin boleh saya kongsikan bersama pembaca.. ^.^