Tuesday, July 24, 2012

UdAnG mAsAk PeTai.

jom belajar masak ^.^



Sempena bulan puasa ini, Mungkin ada diantara pembaca blog ini yang sedang pening-pening memikirkan menu berbuka puasa pada petang nanti. Disini saya ingin share satu menu yang saya rasa agak menarik dan sesuai untuk mereka yang sukakan masakan ala-ala kampung. Iaitu Udang masak petai. berikut adalah resepinya:

BAHAN2:
6 ekor udang galah digoreng
100ml air
10 biji petai dibelah dua
1 biji bawang putih diketuk
1/2 biji cili merah dipotong nipis
1/3 biji bawang besar dihiris
1 helai daun limau kesturi
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil garam

cara memasak:
panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga naik bau.

Masukkan cili kisar, cili merah, daun limau dan semua bahan perasa yang lain. Tuangkan air.

Kacau sehingga sebati sebelum masukkan petai dan udang galah. Biarkan sehingga mendidih sebelum diangkat.

mudah sahajakan.
SELAMAT MENCUBA ^.^

No comments:

Post a Comment