Saturday, August 4, 2012

BuaH KayA VitaMiN

Saya rasa kebanyakan pembaca sudah tahu, Buah-buahan mempunyai banyak khasiat dan vitamin untuk perut dan kulit kita. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit info yang saya baca daripada majalah mingguan wanita berkenaan kandungan buah-buahan yang mengandungi vitamin A, C dan E.




Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, C dan E adalah:

JAMBU BATU:
Kaya dengan vitamin A, C dan E. Mengandungi mineral, kalium dan sebagainya. Sebiji buah yang tidak terasa masam atau sangat manis memiliki 4 kali jumlah vitamin C berbanding dengan limau. Malah ia turut mengandungi jumlah antioksida yang tertinggi di antara buah-buahan lain.

KIWI:
Ini antara buah yang memiliki sumber terbaik dalam menghasilkan vitamin C dan E. Membantu melindungi tubuh untuk melawan radikal bebas. Selain itu, ia turut membantu menghilangkan bintik-bintik hitam. membantu mengurangkan kadar pengeluaran minyak pada kulit serta membantu wajah nampak bersinar.

BETIK:
Kaya dengan nutrisi seperti karotin, vitamin A,B mineral makanan dan juga serat. Sangat baik untuk penghadaman.

STRAWBERI:
Kaya vitamin A. Mengandunggi kandungan antioksidan. Kaya nutrisi dan menjadi pelengkap pola makanan. Membantu membebaskan kulit daripada masalah jerawat serta menghilangkan lebihan minyak.

APRIKOT:
Kaya dengan antioksidan dan ia turut berperanan dalam memberi kesegaran pada mata. Mengandungi vitamin A. Membantu mengekalkan keanjalan kulit.

TOMATO:
Membantu melindungi kulit daripada sinaran ultra ungu yang berbahaya. Turut membantu mencerahkan kulit. Memastikat kulit sentiasa lembap dan bebas daripada masalah jerawat.

LEMON:
mambantu kulit nampak lebih segar dan sihat. Membantu mencerahkan kulit selain menghilangkan bintik-bintik hitam dan bekas jerawat.