Friday, July 27, 2012

JaUhI rAsA mArAh.

Saya pasti ada diantara pembaca blog ini yang berhadapan dengan masalah sukar mengawal perasaan ketika marah. Tahukah anda, marah adalah salah satu sifat yang dibenci oleh Allah SWT serta Rasulnya? Sebagaimana disebut dalam satu hadith:

Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada nabi Muhammad SAW: berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda: Jangan marah. Orang itu mengulang lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda: Jangan marah.
(Riwayat Bukhari)

Marah adalah fitrah manusia yang sukar untuk dielak. Jadi penulis membuat kesimpulan bahawa Marah itu perlu, tapi pada tempat dan batas-batasnya. Perlu penulis ingatkan disini bahawa sifat Amarah ini adalah sebahagian daripada cetusan atau bisikan Syaitan. Jadi seeloknya apabila rasa marah itu terbit, beristigfar dan segeralah berwuduk.

Sebagai manusia yang hidup berkelompok dan bersaudara, banyak perasaan yang perlu dijaga bagi memelihara ukwah yang terbina. Malangnya, kegagalan mengawal kemarahan boleh merengangkan hubungan persaudaraan.

Permasaalahan yang timbul tidak seharusnya diselesaikan dengan rasa marah. malah Marah tidak mampu menyelesaikan apa2 masaalah melainkan mengeruhkan keadaan.

Selain itu perasaan amarah ini juga akan menerbitkan rasa-rasa yang tidak elok dalam diri kita sebagai seorang muslim seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Kekadang kita tidak sedar bahawa rasa-rasa yang kecil ini lah yang bakal merosakkan iman kita sebagai seorang Islam.

pada pendapat penulis Islam itu adalah agama yang paling indah dan cantik. Perasaan amarah hanya merosakkan keindahan dan kecantikan Islam. Islam dilahirkan dengan rasa cinta, kasih dan sayang oleh pencipta. kerana itu peliharalah hati kita dari perasaan benci, marah, dengki dan sebagainya. Ia tidak sesuai untuk Islam. Dan kemaafan itu adalah sebaik-baik jalan penyelesaian. Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.(ali-’Imran: 133-134)

Malangnya apabila hati terluka, adakah kemaafan itu dapat diperolehi dengan mudah? jangan mulakan permusuhan dan peliharalah tali persaudaraan.

disini saya sertakan satu link sebagai ilmu tambahan. ^.^


No comments:

Post a Comment