Tuesday, March 5, 2013

Its Hard to Say GoodBye



Ya Allah,
aku ingin mencintaiMU
melebihi segalanya,
Dan aku ingin menyayangi yang lain
Hanya keranaMu..

Dan sesungguhnya, aku pernah berada 
di dalam kejahilan yang Nyata
kemudian...
kau tunjukkan kepadaku jalan
supaya aku tidak terus berada dalam kejahilan itu..

Ya Allah...
aku x mampu berjanji 
untuk sentiasa taat kepada PerintahMU
aku x mampu berjanji
untuk sentiasa patuh kepada SuruhanMU

sesekali...
tika imanku goyah,
aku tengelam jua dalam ombak nafsu sendiri,
Aku tewas...
pada bisikan jahat..

namun percayalah, 
aku kini sedang berjuang sedaya upayaku
agar aku tak kembali kepada kejahilan dulu..
agar aku tak berpaling dariMu
sedikitpun aku tak mahu..
tak sanggup untuk kehilangan cahaya hidayahMu

Ya Allah, aku takut, 
aku bakal berpaling
disaat cahayaMU dihadapanku..
Maka kejutkanlah aku disaat aku 
buta dalam keterangan cahayaMU

Ya Allah,
Andai Mataku menangis pilu,
Biarlah ia Menangis kerana merinduiMu..
Andai jiwaku gementar layu,
Biarlah ia gementar kerana takut kepadaMU..
Andai diri ini lemah tidak bertenaga,
Biarlah ia kerana perjuangan dijalanMU..

Aameenn ya Rabbal Alamin

T-T

No comments:

Post a Comment