Sunday, February 17, 2013

Iman V/S Nafsu

"Orang-orang yang menjauhi kabair (dosa-dosa besar) serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu maha luas keampunanNYA. DIA lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak DIA menciptakan kamu (berasal) dari tanah. Dan semasa kamu anak yang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu. Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu. DIA sahajalah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa."
(Surah Al-Najm ayat32)

Berjuta-juta manusia yang diciptakan oleh Allah dimuka bumi ini..
Sesiapa diantara kamu yang berani menyatakan bahawa mereka
tidak sekali pun melakukan DOSA KECIL @ BESAR??

realitinya sebaik manapun seseorang itu..
setinggi manapun ilmu yang dijunjung..
tidak meletakkan seseorang itu pada taraf maksum..
bila nafsu mengatasi iman..
maka tengelamlah mereka didalam dosa-dosa mereka..

"Solat lima waktu, dan Jumaat hingga Jumaat berikutnya, menghapuskan dosa di antara kedua-duanya selagi mana tidak melakukan dosa besar."
(Riwayat Muslim)

Hebatnya kuasa solat fardu yang Allah tetapkan untuk kita, ibarat amanat terindah dari Yang Maha Pencipta. Solat lah penyuci hatiyang kotor, kekuatan disaat kita goyah dan Penghubung kepada Ilahi

"Tiada dosa besar dengan istighfar, dan tiada dosa kecil dengan berterusan."
(al-Tabari, Jami’ al-Bayan an Ta’wil Aiy al-Qur’an)

Walaupun dosa kecil mampun terampun dengan kuasa solat. Namun kita perlu ambil perhatian, kerana jika dosa-dosa kecil ini berterusan maka ia boleh menjadi dosa besar.Maka dosa kecil tidak boleh dipandang ringan, dan ia tidak boleh berterusan.

"Semua umatku akan dimaafkan kecuali mujahir (mereka yang berterus terang). Mereka yang mujahir adalah seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan pada malam hari sedangkan Allah telah menutupnya. lalu berkata pada keesokkan harinya: Wahai fulan, aku telah melakukan itu dan ini semalam, pada malamnya Allah sembunyikannya, apabila pagi dia mendedahkan apa yang Allah telah sembunyikan (Riwayat al-Bukhari)

Dosa kecil juga boleh bertukar kepada yang lebih besar jika pelakunya berbangga dan bergembira dengan maksiat yang dilakukan. Astaqfirullahalazim. Moga kita terhindar dari rasa bangga kepada maksiat yang nyata ini.

Adapun perkara yang dilarang, ia tidak memerlukan niat secara syara’, bahkan seorang insan boleh terlepas daripada sesuatu larangan hanya dengan meninggalkannya sahaja walaupun tanpa dia sedari, apatah lagi untuk berniat kepadanya. Ya, jika seseorang berniat meninggalkan suatu larangan, semata-mata kerana Allah maka dia akan memperolehi pahala, dan jadilah perbuatan meninggalkan (larangan) tersebut sebagai mendekatkan diri (ibadah kepada Allah).
(al-Qarafi, al-Furuq)

sebaik-baik cinta adalah cinta kepada ALLAH..
persoalannya adakah iman kita mampu untuk meninggalkan semuanya hanya kerana ALLAH??
mengungkapnya lebih mudah dari melakukannya..
dan disaat, kita tidak mampu..
maka berdoalah agar diberi kekuatan untuk bertahan dengan cinta ALLAH

oleh itu, sebagai manusia yang maha hina, dina dan tidak sempurna ini..
ku rendahkan diri memohonkan sejuta keampunan dariMU Ya RAB..
Ampuni kami tika hati kami lalai dari mengingatiMU
Ampuni kami tika hati ini mencintai yang lain melebihi cinta untukMU..
Ampuni kami atas ketaksempurnaan dan kejahilan kami

Lancarkan lidah kami untuk memohon keampunan dariMU..
Kuatkan lutut kami untuk terus bersujud kepadaMU...
tiupkan rasa rindu kepadaMU dalam hati Kami setiap detik dan saat..
Ammeennn YA Rabbal Alamin..


No comments:

Post a Comment