Wednesday, February 27, 2013

HanYa PaDaMu

Hanya Padamu
sebuah drama yang ditayangkan di tv3
setiap hari jumaat ini saya tonton
sejak dari episod pertama

pertama kali menonton drama ini
saya tidak berapa tertarik dengan ceritanya
namun setelah menonton kisah ini pada episod kedua
saya mula tertarik akan jalan ceritanya
yang agak berbeza dari cerita drama yang lain

drama yang dibintangi oleh
beto kusyairi, Zahiril Adzim dan Nazeera Sardi ini
sangat sesuai ditonton oleh semua peringkat umor
serta banyak mesej berguna yang diselitkan didalamnya

Kisah berkisar mengenai seorang gadis
yang kematian ibu bapa,
terpaksa tinggal bersama keluarga mak long nya
namun layanan yang diterima dari mak longnya,
tidak seindah yang diimpikan
kepada abang saudaranya,
si gadis meluah rasa..

Alhamdulilah masih ada tempat untuk dia bermanja..
namun selepas kematian pak long
dan kepergian abg saudaranya
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara..
Sekali lagi dia di uji,
dipaksa berhenti sekolah
dan dihantar ke asrama budak2 nakal..
membuatkan dia hampir jatuh dalam ujian yang maha Esa..
Namun, ada yang mengingatkannya tentang Qada dan Qadar,
takdir ilahi yang telah ditetapkan untuknya..
Adawiyah reda..

seutas gelang tasbih
yang diikat dipegelangannya..
sumber kekuatan untuknya mengharungi ujian Ilahi

selepas beberapa tahun akhirnya takdir
menemukan Adawiyah kepada si pemilik tasbih
namun keadaan tuan empunya tasbih
jauh berbeza dari apa yang dia pernah kenal..
Apakah kesudahannya??

Banyak persoalan yang dibangkitkan didalam drama ini..
berkenaan perihal takdir Ilahi
yang kita sendiri tidak mampu untuk mengaturnya..
berkenaan Iman yang selalu goyah
tika ujian datang melanda..
tentang cinta manusia dan cinta ALLAH..
Satu drama yang wajib anda tonton ^.^


No comments:

Post a Comment