Thursday, November 8, 2012

aSaL uSuL KeJaDiaN KiTa MeNuRuT IsLaM.

assalammualaikum ^.^

sudah lama rasanya tak berblogging..
bukannya x sempat..
tapi hari tu ada problem cikit bila nk write new post.. huhu
sebelum terlupa, sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pembaca2 yang sudi singgah ke blog saya ^.^
harap ade maklumat berfaedah yang
boleh anda ambil di blog saya ini ^.^

okie kembali kepada post kali ini..
petang tadi penulis membantu seorang rakan sekerja
yang menyambung pengajiannya secara PJJ.
so bila dh sambung belajar faham2 jew laa ye
mestilah ade asigment yang berlambak-lambak untuk disiapkan.
penulis sangat tertarik dengan salah satu asigment beliau
yang bertajuk Nabi Adam a.s dan iblis ^.^
di sini ada diceritakan tentang asal usul kejadian manusia.
berikut adalah kisahnya..

Setelah Allah menciptakan bumi dan gunung-ganangnya, laut-lautannya yang luas terbentang, tumbuh-tumbuhannya yang menghijau. Kemudian Allah ciptakan langit dan matahari, bulan dan bintang yang bergemerlapan menghiasi dada langit. Dan DIA ciptakan para malaikat sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah serta menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hambanya. Maka tibalah kehendak Allah s.w.t untuk mencipta makhluk yang bakal menghuni dan mengisi muka bumi ciptaanNYA. Makhluk yang bakal menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun, waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Para Malaikat ketika diberitahu oleh Allah s.w.t akan kehendakNya menciptakan makhluk lain itu, mereka bimbang jika Allah menciptakan makhluk yang lain itu disebabkan kecuaian dan kelalaian mereka dalam beribadah dan menjalankan tugas. Berkata mereka kepada Allah.

"Wahai tuhan kami! mengapa engkau ciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan namaMu tanpa henti-hentinya. Sedangkan makhluk yang bakal Engkau ciptakan dan turunkan kebumi itu, nescaya akan bertengkar satu sama lain, akan saling bunuh membunuh, berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam didalamnya. sehingga akan terjadilah kerosakkan dan kehancuran di atas muka bumi ciptaanMu.

kemudian Allah berfirman menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu
Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumiKu. Bila aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu dihadapan makluk baru itu sebagai tanda penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t melarang hambaNya beribadah kepada sesama makhlukNya.

lalu Allah memerintahkan Malaikat Jibril turun kebumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk diciptakan nabi Adam a.s. akan tetapi bumi enggan membenarkan tanahnya diambil kerana takut Adam bakal mengingkari perintah Allah. Kemudian Allah utuskan malaikat mikail dan israfil untuk turun ke bumi, tetapi mereka tetap membawa pulang jawapan yang sama.

Akhirnya Allah menitahkan malaikat Izrail untuk turun ke bumi. Allah berfirman "Hai Izrail engkau kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah
dengan ucapan, jangan engkau mundur. katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu"
Apabila Izrail turun kebumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Setelah tanah didapati, ia pun dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai sifat. Lalu tubuh Adam itu digengam dengan gengaman Jabarut kemudian diletakkan di Alam Malakat

Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari Nur sifat Allah dan dirasmi dengan air hujan Bahrul-Uluhiyah kemudian tubuh itu dibenamkan dengan air Kudral- Izzah-Nya iaitu sifat jalan dan jammal, lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia pun merasa enggan, segan dan malas untuk masuk ke tubuh Adam yang masih merupakan patung yang kini sudah mengeras batu. Roh itu bukan masuk, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar di situ dikelilingi malaikat yang menyaksikan. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Adam. Akhirnya roh menyerah kepada Izrail dan ia dimasukkan ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga kepalanya yang mengambil masa selama 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah ia meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika matanya terus terbuka dan melirik ke kiri dan ke kanan.dan juga melihat kebawah di mana sebahagian daripada badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para Malaikat yang sedang menyaksikan kejadiannya. Ketika itu telinga Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucap tasbih memuji kebesaran Allah, dengan bermacam-macam ucapan kalimat tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.

kemudian Ketika rohnya sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. ketika itu Allah ajarkan mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kali ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata. Yarhamukallah yang ertinya semoga engkau diberi rahmat Allah. oleh kerana itu disunnatkan kepada orang yang bersin mengucapkan Alhamdulilah dan orang yang mendengar mengucapkan Yarhamukallah.

Kemudian ketika roh sampai ke dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa dan tidak sabar.

Maka ketika roh itu sampai ke bahagian perutnya maka terjadilah isi perut dengan sempurna. maka seketika terasalah lapar. kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadilah darah daging dan tulang. urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama semakin bagus dan halus.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. kerana setelah Adam diturunkan ke duunia, terjadilah perubahan waran kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanya pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tapi warna kuku adalah sama, ialah putih kemerahan.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa makhluk yang asalnya dari tanah kini kelihatan indah dan menawan.

Kemudian Adam dipakaikan dengan pakaian kebesaran dari syurga dengan mahkota yang ditatah intan berlian yang menambah lagi keagungannya sebagai seorang raja atau khalifah. setelah itu Adam duduk diatas kerusi keemasan yang bertatah permata sambil dikelilingi oleh para malaikat. kemudian setelah Adam duduk di atas kerusi itu, lalu dia di usung oleh empat malaikat serta diiringi oleh ribuan malaikat utk diperkenalkan kepada penghuni di langit yang pertama sehingga ke langit yang ke tujuh sampailah ke syurga.

begitulah Al-kisahnya asal kejadian manusia menurut sejarah Islam. Kerana ketandusan idea, jadi penulis rasa cukup lah sampai disini rasanya. Maaflah seandainya cerita ini agak tergantung. untuk maklumat tambahan pembaca boleh la google yew, sebab memang banyak sangat website yang menceritakan kisah Nabi Adam ini. Selamat membaca. terima kasih
^.^


1 comment:

  1. M!2@N > Welcome back... Thx 4 sharing dat story... (^^,)

    ReplyDelete